WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

KOTA TINGGI, 5 April - Bertempat di Bilik Mesyuarat Daerah Maritim Tanjung Sedili semalam telah berlangsungnya Majlis Serah Terima Tugas bagi Timbalan Pengarah Operasi DM 7 dan Majlis Pemakaian Pangkat Laskar Kelas II Maritim ke Laskar Kelas I Maritim seusai majlis tahlil dan bacaan yaasin beramai-ramai oleh warga maritim DM7.

Majlis serah terima tugas ini antara Komander Maritim Mohammad bin Othman dan Kepten Maritim Sanifah bin Yusof yang kini ditugaskan sebagai Pengarah Operasi Wilayah Selatan, sambil disaksikan oleh Pengarah Maritim Daerah Maritim 7 Tanjung Sedili (PMD DM7), Kepten Hj. Amran bin Hj. Daud serta Pegawai dan anggota  Maritim DM 7.

Selain itu, PMD DM7 turut menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat bagi anggota siri 11/2013 Laskar Kelas II Maritim ke Laskar Kelas I Maritim seramai 8 orang dan pemberian saguhati dari Kelab Kebajikan DM7 kepada anggota yang berkahwin dan anggota yang terlibat dengan kemalangan yang tidak diingini.

serah IMG 4681

Sumber : Unit Perhubungan Awam DM7