WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

KOTA TINGGI, 5 April - Biro Sukan DM7 Tanjung Sedili telah mengadakan Pertandingan Bola Tampar Daerah Maritim 7 Tanjung Sedili pada 2 April 2017 bertempat di Gelanggang Bola Tampar, Dewan Jabatan Kerja Raya, Kota Tinggi Ahad lalu.

Objektif utama pertandingan ini diadakan ialah mengeratkan hubungan dan kerjasama dikalangan peserta dan pasukan yang bertanding.

Sebanyak 4 pasukan iaitu dari kumpulah rumah Merah, Hijau, Biru dan Kuning telah menyertai pertandingan ini untuk merebut gelaran juara kumpulan.

 Acara tersebut telah dimenangi oleh Rumah Hijau selepas berjaya menundukkan Rumah Merah dengan mata 3-2 (25-16, 23-25,25-20).

Pertandingan ini telah dirasmikan oleh Pengarah Maritim Daerah Maritim 7 Tanjung Sedili, Kepten Hj. Amran bin Hj. Daud dengan diiringi Timbalan Pengarah Operasi DM 7, Komander Maritim Mohammad bin Othman dan Timbalan Pengarah Pengurusan, Norhidayah binti Mohamad.

b.tampar b.tampar2

Sumber : Unit Perhubungan Awam DM7