WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

LUMUT, 29 MAC – Komandan Latihan Maritim (KLM) AMSAS, Laksamana Pertama Maritim Christopher Ravindran Dass, telah membuat kunjungan hormat ke atas Pegawai Memerintah KD SULTAN IDRIS 1,  iaitu Kepten Ee Tai Ping TLDM  bersempena pelaksanaan  Fasa 2 Kursus Pegawai Memerintah Muda (KPMM) Siri 19 Bil.1/2017 yang diadakan di Pangkalan TLDM, Lumut baru-baru ini. Fasa 2 KPMM merangkumi latihan simulator navigasi di Penyelaku Anjungan-WASPADA, KD PELANDOK dan diikuti dengan pelayaran bersama KM MARLIN di Perairan Dinding untuk sea evaluation peserta kursus.

Kunjungan hormat ini bertujuan mengukuhkan lagi ikatan kerjasama selaras dengan pemeteraian Prosedur Tetap Operasi Bersama (PTOB) TLDM-APMM baru-baru ini. Peluang menggunakan Penyelaku Anjungan-WASPADA bagi latihan simulasi navigasi dan penyediaan penginapan serta sajian di WISMA SURIA dilihat sebagai satu pendekatan NBOS dengan mengoptimumkan penggunaan 1MTC dan juga kemudahan di institusi milik kerajaan. Tambahan pula, kolaborasi ini juga dapat melonjak usaha meningkatkan lagi silaturahim dan kesefahaman yang sedia terjalin di antara Maritim Malaysia dengan TLDM khususnya dalam bidang latihan maritim.

DSC 3596 b DSC 3615 a

Sumber: Unit Perhubungan Awam AMSAS