WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

LUMUT, 3 April - Kursus Pegawai Mamerintah Muda (KPMM) Siri 19 Bil. 1/2017 melibatkan seramai 20 orang Pegawai Penguat Kuasa APMM berpangkat Leftenan Muda Maritim hingga Leftenan Maritim telah dilaksanakan pada 6 hingga 31 Mac 2017 di Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS), Gebang, Kuantan.

Kursus selama empat minggu ini bertujuan mendedahkan kepada peranan dan tugas serta tanggungjawab sebagai Pegawai Memerintah dan menekankan mengenai aspek keselamatan semasa  mengendalikan kapal di laut serta melaksanakan  latihan praktikal pengendalian kapal dalam keadaan biasa dan semasa berlaku kecemasan.

Fasa Teori telah diadakan di AMSAS, manakala Fasa Praktikal telah dilaksanakan di Penyelaku Anjungan-WASPADA, KD PELANDOK, Pangkalan TLDM, Lumut bagi latihan simulasi navigasi sebelum pelayaran sebenar dengan KM MARLIN untuk sea evaluation di Perairan Selat Dinding, Lumut.

Selaras dengan pemeteraian Prosedur Tetap Operasi Bersama (PTOB) TLDM-APMM baru-baru ini, penggunaan Penyelaku Anjungan-WASPADA dan kemudahan penginapan serta sajian oleh TLDM dilihat sebagai satu pendekatan NBOS dengan mengoptimumkan penggunaan 1MTC dan juga kemudahan-kemudahan di institusi milik kerajaan. Tambahan pula, usaha untuk meningkatkan lagi kerjasama dan kesefahaman yang sedia terjalin di antara APMM dengan TLDM khususnya dalam bidang latihan maritim dapat dilakukan.

Majlis Penutup Kursus ini telah diadakan di WISMA SURIA, Pangkalan TLDM Lumut dan telah disempurnakan oleh Laksamana Pertama Maritim Christopher Ravindran Dass, Komandan Latihan Maritim AMSAS.

WhatsApp Image 2017-03-07 at 9.09.14 AM WhatsApp Image 2017-03-28 at 12.23.26 PM
WhatsApp Image 2017-03-30 at 10.35.11 AM WhatsApp Image 2017-03-30 at 9.55.31 PM

Sumber: Unit Perhubungan Awam AMSAS