WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

PUTRAJAYA 3 Mac -  Seramai 200 Pegawai Penguat Kuasa dan Pegawai Gunasama Maritim Malaysia dari Ibupejabat serta Wilayah Maritim  telah menyaksikan Perhimpunan Bulanan Maritim Malaysia Bilangan 4/2017 secara langsung bersama YBhg Laksamana Maritim Dato’ Sri Ahmad Puzi bin Ab Kahar, Ketua Pengarah Maritim Malaysia bertempat di Ibu pejabat APMM Putrajaya melalui Video Conferencing disini hari ini.

Dato’ Sri Ahmad Puzi berkata, beliau amat berbangga dengan komitmen penglibatan pegawai dan anggota Maritim Malaysia yang terlibat secara langsung atau secara tidak langsung dalam menjayakan dua majlis besar iaitu Majlis Pelancaran Kapal Ronda Generasi Baru Pertama (NGPC) KM BAGAN DATUK dan Penglibatan LIMA’ 17 yang berkesan dan menjadi tumpuan ramai serta mendapat pujian.

Katanya lagi, dengan kejayaan ini sedikit sebanyak dapat membuka mata masyarakat dengan kewujudan Maritim Malaysia dan semakin dikenali sebagai “Malaysia Coast Guard” yang berperanan dalam menjaga keselamatan perairan Negara dan Penyelaras Operasi Mencari dan Menyelamat di negara ini.

Dalam masa yang sama, YBhg Ketua Pengarah juga menyampaikan Sijil Penghargaan LIMA’ 2017 kepada Ketua-ketua Penyelaras dan AJK-AJK yang terlibat secara langsung dalam LIMA 2017 dan Cek Bantuan Saguhati Tabung Amanah Perwira dan Pertahanan Negara tappnkepada Pegawai Lain-Lain Pangkat yang terlibat dalam kemalangan di bot dan kapal semasa bertugas iaitu LK (M) Adnan bin Abdullah - Dearah Maritim 5 Kuala Linggi, LK (M) Rahimie bin Ramli - Pangkalan Maritim Kuala Kurau dan LK II (M) Ahmad Faizal bin Ishakn - Daerah Maritim 3 Lumut telah dilaksanakan dalam masa perhimpunan ini oleh YBhg. Ketua Pengarah bersama Timbalan-timbalan Ketua Pengarah.

 42017 1 42017 2
42017 3                  42017 4

Sumber/Foto: Unit Komunikasi Koporat Ibu Pejabat APMM