WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

TAWAU, 20 Mac – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), DM18 Tawau telah menerima lawatan sambil belajar daripada pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) bertempat di pejabat DM18 Tawau disini hari ini.

Rombongan pelajar seramai 60 orang dan diiringi dua pensyarah itu disambut baik oleh Pengarah Maritim Daerah (PMD), Kepten Maritim Romli bin Hj Mustafa. Program lawatan selama sehari itu telah diisi dengan sesi taklimat mengenai peranan dan fungsi utama Maritim Malaysia dalam menguatkuasakan undang- undang Zon Perairan Malaysia yang disampaikan oleh Leftenan Komander Maritim Nik Mohd Izwan Farid bin Md Daud, Pegawai Memerintah Kapal Maritim Balung.

Sesi lawatan ke Kapal Maritim turut diadakan bertempat di jeti DM18 Tawau dan lawatan diakhiri dengan sesi bergambar dan penyampaian cenderahati kepada wakil pelajar UMS yang disempurnakan oleh Kepten Romli bin Haji Mustafa.

ums2 ums

Sumber / Foto :

Staf Unit Perhubungan Awam
Daerah Maritim 18 Tawau