KUANTAN, 16 MAC -  APMM teruskan lagi kerjasama strategiknya dalam bidang latihan bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dengan penglibatan empat lagi pegawai TLDM untuk sama-sama menyertai Kursus On-Scene Coordinator (OSC) Siri 3 Bil.1/2017 anjuran AMSAS.

Kursus yang berlangsung selama 3 hari bermula 14 hingga 16 Mac 2017 disertai oleh 20 pegawai APMM. Objektif Kursus OSC adalah untuk memastikan operasi MSAR dilaksanakan mengikut tatacara dan prosedur yang betul seperti yang ditetapkan dalam IAMSAR selain meningkatkan pengetahuan peserta mengenai tugas dan tanggungjawab sebagai OSC.

Antara subjek yang diberi penekanan di dalam kursus ini adalah SAR Search Pattern, Techniques and Operation Planning dan juga OSC/SRU Task and Responsibilities. Pelbagai maklumbalas positif diterima dari peserta khususnya pegawai TLDM dan mereka sangat berharap agar penganjuran kursus ini adalah berterusan.

Majlis penutup kursus telah disempurnakan oleh Komander Maritim Mustafa bin Nazeri, Ketua Latihan Lanjutan AMSAS.

1 2

 

Sumber:

Unit Perhubungan Awam AMSAS