WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

KUANTAN, 10 Mac – Modul Pengenalan Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS) bagi pelatih Kursus Asas LK II Maritim Siri 14/2016 selesai dengan jayanya semalam.

Modul yang berlangsung selama 2 hari bermula 8 hingga 9 Mac ini melibatkan seramai 148 pemilik kompetensi dan 6 penceramah serta fasilitator yang dijemput khas dari Cawangan Sumber Manusia, Ibu Pejabat, Putrajaya.

Selain sesi taklimat, tatacara pengendalian sistem secara hands on turut didedahkan bagi membantu para peserta memperoleh maklumat yang tepat dan pengalaman sebenar dalam menggunakan aplikasi HRMIS terutamanya berkaitan modul pengurusan sumber manusia yang sedang dilaksanakan di agensi ini.

 

HRMIS 1 HRMIS 2
   

Sumber:

Unit Perhubungan Awam AMSAS