25
Thu, Apr

LAWATAN KEBAJIKAN KSU KDN ANGGOTA MARITIM MALAYSIA TERLIBAT INSIDEN TEMBAKAN

TAWAU, 12 APRIL  – Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi bersama isteri mengadakan lawatan kebajikan ke atas Bintara Muda Maritim Zainal Abas bin Komel, Ketua Bot BANGGI 48 dari Zon Maritim Lahad Datu yang cedera susulan insiden berbalas tembakan semasa menjalankan pemeriksaan ke atas sebuah bot pada 7 April lalu, kira-kira pada jam 8.40 pagi di Kampung Pangi, Kunak.

Ketibaan beliau dan isteri pagi tadi disambut oleh Timbalan Pengarah Operasi, Zon Maritim Tawau, Komander Maritim Khairun Dalilah binti Baharin bersama Timbalan Pengarah Klinikal, Hospital Tawau, Dr. Azman bin Ibrahim.

Terdahulu, dalam kejadian tersebut sebuah bot enjin sangkut berwarna biru yang digunakan suspek telah melepaskan empat das tembakan ke arah Bot BANGGI 48 milik Maritim Malaysia ketika anggota bot cuba menghampiri bot suspek untuk pemeriksaan rutin OPERASI KHAS PAGAR LAUT.

Berikutan itu anggota penguat kuasa Bot BANGGI 48 yang terdiri seramai enam orang bertindak membalas tembakan ke arah suspek sebagai tindakan mempertahankan diri serta cubaan menangkap kesemua suspek tersebut.

Suspek kemudiannya melarikan diri dengan memecut laju bot yang sama ke arah sempadan perairan.

Insiden penembakan itu telah menyebabkan kecederaan ke atas Ketua Bot KILAT 48 yang mengalami kecederaan di bahagian bawah mata kiri akibat terkena serpihan benda asing impak daripada tembakan tersebut.

Bintara Muda Maritim Zainal Abas telah selesai menjalani pembedahan mata dan disahkan buta mata kiri akibat serpihan benda asing tersebut mengenai saraf mata kiri beliau, beliau telah dimasukkan ke Wad 8, Hospital Tawau dan dilaporkan dalam keadaan stabil dan masih menjalani rawatan susulan.

Datuk Haji Ruji bagi pihak Kementerian Dalam Negeri turut menyampaikan sumbangan kepada anggota Maritim Malaysia tersebut serta sempat memberikan kata-kata semangat kepada beliau untuk terus tabah dengan ujian ini.

Turut hadir sama dalam lawatan kebajikan ini ialah YB Datuk Andy Muhamad Suryandy bin Bandy, Ahli Parlimen Kalabakan merangkap Pembantu Menteri KBS Sabah.

 

KSU LAWAT   KSU LAWAT 4   KSU LAWAT 5
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON