25
Thu, Apr

MARITIM NEGERI SABAH KUKUHKAN INTEGRITI DAN KETELUSAN PEGAWAI PENGUAT KUASA

KOTA KINABALU, 15 Mac – Ibu Pejabat Maritim Negeri Sabah dan W.P Labuan telah menganjurkan Program Taklimat Integriti dan Ketelusan Penguatkuasaan Bagi Penjawat Awam di sini awal pagi semalam.

Pengarah Maritim Negeri Sabah dan W.P Labuan, Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi bin Che Engku Daik berkata, setiap pegawai dan anggota perlu meletakkan integriti pada tahap tertinggi sepanjang melaksanakan tanggungjawab dan amanah sebagai pegawai penguat kuasa Maritim Malaysia.

Justeru tambah beliau, program seperti ini perlu dilaksanakan secara berterusan agar ia dapat membantu memberikan kesedaran serta peringatan kepada seluruh warga supaya meletakkan integriti dalam melaksanakan tugasan yang dipertanggungjawabkan.

Datuk Che Engku Suhaimi dalam pada itu turut menasihatkan kepada semua warga Maritim Negeri Sabah dan W.P Labuan tentang impak negatif sekiranya amalan rasuah wujud dalam diri setiap penjawat awam khususnya pegawai penguat kuasa.

Beliau turut menegaskan akan mengambil tindakan kepada mana-mana pegawai atau anggota yang tidak berintegriti dan menerima rasuah.

Malah katanya, warga Maritim Negeri Sabah dan W.P Labuan turut diminta memberikan kerjasama menyalurkan maklumat sekiranya terdapat sebarang aktiviti mencurigakan dalam kalangan warga Agensi ini agar ia tidak menjadi barah yang boleh merosakkan imej Maritim Malaysia.

 

INTEGRITI SABAH

hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON