25
Thu, Apr

KURSUS RESOURCE CHAMPIONS MANTAPKAN KEMAHIRAN PENGURUS SUMBER MANUSIA MARITIM MALAYSIA

PUTRAJAYA, 13 Mac – Bagi memantapkan lagi perkhidmatan Cawangan Perkhidmatan, Bahagian Sumber Manusia (BSM) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah menganjurkan Kursus ‘Human Resource Champions’ di ibu negara bermula 6 Mac sehingga 8 Mac lalu.

Seramai 49 peserta terlibat dalam kursus ini yang terdiri daripada Pengurus Sumber Manusia dari Ibu Pejabat Maritim Malaysia Putrajaya, Maritim- maritim Negeri, Zon-zon Maritim, Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS) dan wakil Sistem Pengawasan Laut (SWASLA) di Semenanjung Malaysia.

Antara objektif kursus ini diadakan adalah bertujuan meningkatkan kefahaman berhubung aspek perkhidmatan pegawai bermula daripada urusan pelantikan hingga penamatan perkhidmatan.

Selain itu, kursus ini diharapkan dapat memantapkan kompetensi serta mewujudkan jaringan kerjasama di antara para peserta sebagai pengurus sumber manusia.

Majlis penutup dan penyampaian sijil kursus telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Maritim Malaysia, Tuan Mohd Norzam bin Mustapa.

 

WhatsApp Image 2024 03 13 at 11.24.23 AM 1   WhatsApp Image 2024 03 13 at 11.24.24 AM   WhatsApp Image 2024 03 13 at 11.24.23 AM 2   WhatsApp Image 2024 03 13 at 11.24.22 AM 1
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON