25
Thu, Apr

MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS PENGARAH ZON MARITIM LAHAD DATU DAN PEGAWAI MEMERINTAH KM BANGGI YANG BAHARU

KOTA KINABALU, 11 Mac – Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Zon Maritim Lahad Datu dan Pegawai Memerintah KM BANGGI yang baharu telah berlangsung di Ibu Pejabat Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan baru-baru ini.

Majlis dimulakan dengan sesi Serah Terima Tugas jawatan Pengarah Zon Maritim Lahad Datu di antara Komander Maritim Nik Mohd Rizam bin Nik Mohd Fauzi dengan Komander Maritim Dr. Suzanna binti Razali Chan sambil disaksikan oleh Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim, Datuk Che Engku Suhaimi bin Che Engku Daik.

Untuk makluman, Komander Maritim Dr. Suzanna ditugaskan sebagai Pengarah Zon Maritim Lahad Datu, manakala Komander Maritim Nik Mohd Rizam bin Nik Mohd Fauzi ditugaskan sebagai Pegawai Memerintah KM BANGGI yang baharu.

Seterusnya, sesi Serah Terima Tugas Pegawai Memerintah KM BANGGI pula diadakan di antara Leftenan Komander Maritim Mahathir bin Mohammad dengan Komander Maritim Nik Mohd Rizam bin Nik Mohd Fauzi.

Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan, Laksamana Pertama Maritim Che Engku Suhaimi berkata, kesemua pegawai dan anggota disarankan untuk meneruskan sikap ketelusan dan berintegriti dalam melaksanakan tugas serta menetapkan nilai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang cemerlang mengikut Zon Maritim masing-masing.

Di kesempatan itu juga, beliau turut mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadan dan menjalani ibadah puasa kepada semua warga Maritim Malaysia terutamanya di Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada kedua-dua pegawai iaitu Pengarah Zon Maritim Lahad Datu dan Pegawai KM BANGGI yang baharu.

 

WhatsApp Image 2024 03 11 at 12.11.01 PM   WhatsApp Image 2024 03 11 at 12.11.02 PM 1   WhatsApp Image 2024 03 11 at 12.11.01 PM 3   WhatsApp Image 2024 03 11 at 12.11.02 PM
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON