24
Wed, Apr

DUA NELAYAN BERSAMA BOT FIBER HILANG DI PERAIRAN BERSERAH DITEMUKAN SELAMAT

KUANTAN, 11 MAC – Dua nelayan ditemukan selamat setelah disyaki hilang pada kedudukan sekitar 21 batu nautika timur Pantai Beserah selepas dilaporkan tidak pulang ke rumah dari menangkap ikan sejak semalam.

Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Mazlan bin Mat Rejab berkata, kedua-dua mangsa ditemukan selamat pada jam 7.00 pagi tadi oleh penduduk Kampung Tanjung Selangor, Kuantan pada kedudukan mangsa dilaporkan hilang iaitu kira-kira 35 batu nautika barat daya berhampiran Pantai Tanjung Selangor.

Mangsa kemudiannya datang bersama keluarga ke Pangkalan Hadapan Carilamat (PHC) di kawasan Pantai Beserah bagi mengesahkan kepada agensi yang terlibat dalam Operasi Mencari dan Menyelamat (OP CARILAMAT).

Menurut mangsa, bot yang mereka naiki telah kehabisan minyak dan enjin bot tidak boleh dihidupkan menyebabkannya hanyut di bawa arus ke Tanjung Selangor.

Untuk rekod, mangsa Zahari bin Sidek, 57 dan Zakaria bin Ramli, 56, keluar turun ke laut bersama bot fiber pada jam 7.30 pagi Sabtu lalu yang sepatutnya pulang jam 4.00 petang hari yang sama.

Menurut pengadu, kedua-dua mangsa tidak membawa sebarang alat komunikasi termasuk telefon bimbit dan dipercayai tidak memakai jaket keselamatan.

Keluarga dan rakan-rakan mangsa telah melakukan pencarian di lokasi kali terakhir mangsa dilihat iaitu di perairan Beserah namun tidak menemukan sebarang tanda. Proses pencarian tidak dapat diteruskan kerana cuaca buruk dan angin kencang di sebelah petang semalam.

Maritim Negeri Pahang melalui Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Kuantan telah mengaktifkan SAR pada jam 1.40 petang semalam dengan mengatur gerak bot ronda ke lokasi kejadian untuk operasi pencarian awal dan mengarahkan anggota mewujudkan PHC di kawasan Pantai Beserah.

MRSC Kuantan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada agensi sahabat dan komuniti maritim yang turut terlibat sama sepanjang OP CARILAMAT dijalankan.

Maritim Malaysia sentiasa komited dalam menyalurkan bantuan kepada Komuniti Maritim setempat serta mengalu-alukan sebarang aduan, maklumat dan insiden kecemasan di laut ke Pusat Operasi Maritim Negeri Pahang di talian 09-5717345 atau MERS 999 untuk maklum balas segera.

 

WhatsApp Image 2024 03 11 at 12.04.29 PM
 
WhatsApp Image 2024 03 11 at 12.04.30 PM
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON