25
Thu, Apr

INSIDEN BOT TENGGELAM, DUA NELAYAN ASING TERSELAMAT

LUMUT, 10 Mac – Maritim Negeri Perak menerima dua nelayan Indonesia yang diselamatkan bot tunda BOMBER 1601 selepas bot mereka mengalami kebocoran dan tenggelam pada jarak 53 batu nautika dari barat laut Pulau Perak, Jumaat lalu.

Pengarahnya, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, Pusat Operasi Maritim Negeri Perak telah menerima panggilan daripada agen bot tunda itu mengenai bot nelayan Indonesia terbabit yang bocor dan tenggelam, namun dua kru bot nelayan asing itu diselamatkan ketika dalam pelayaran dari Pulau Langkawi menuju ke Lumut, Perak.

Dua mangsa, M. Jabar, 38 dan Musliadi M. Aji, 44 berasal dari Kabupaten Acheh Timur, Indonesia berada dalam keadaan sihat dan selamat serta telah diserahkan kepada Maritim Negeri Perak.

Komuniti maritim juga disarankan untuk memastikan segala keperluan peralatan keselamatan dalam keadaan baik ketika melakukan aktiviti perikanan sebagai langkah keselamatan dari insiden kecemasan di laut sementara menanti pasukan penyelamat tiba.

Sebarang laporan, aduan dan insiden kecemasan di laut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Perak di talian 05-6838737 atau MERS 999 untuk maklum balas segera.

 

WhatsApp Image 2024 03 10 at 2.52.04 PM
 
WhatsApp Image 2024 03 10 at 2.52.05 PM 1

 

 

hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON