28
Thu, Mar

OP BERSEPADU | MARITIM NEGERI KELANTAN DAN AGENSI SAHABAT TINGKAT PEMANTAUAN SEMPADAN

TUMPAT, 10 Mac – Maritim Negeri Kelantan telah melakukan OP BERSEPADU bersama agensi sahabat dari Thailand di sekitar perairan sempadan Malaysia -Thailand semalam.

Pengarahnya, Kepten Maritim Erwan Shah bin Soahdi berkata, operasi itu adalah buat kali kedua dilancarkan pada tahun ini.

Untuk operasi ini lebih banyak agensi penguat kuasa dari Thailand telah dijemput untuk terlibat dalam operasi seperti Royal Thai Marine Police, Thailand Border Patrol Police, Thai Army Border dan Thai Customs.

Kerjasama ini adalah salah satu usaha mencegah dan membanteras aktiviti jenayah di kawasan operasi maritim terutamanya di sekitar perairan sempadan Malaysia - Thailand.

Operasi ini juga bertujuan bagi memperkukuhkan lagi hubungan kerjasama dan persefahaman antara semua agensi terlibat dalam menguatkuasakan undang-undang di kawasan sempadan laut dua negara.

Seramai 56 pegawai dan anggota dari pelbagai agensi serta BOT PERKASA 1232 dan PERKASA 1247 dari Maritim Negeri Kelantan bersama dua bot Royal Thai Marine Police serta sebuah bot dari Thai Army Border terlibat dalam operasi ini.

Turut serta dalam operasi ini ialah Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Kelantan, Komander Maritim Amiludin bin Yenggah, Inspector of Marine Police Station 4 Takbai Sub Division 7, Police Lieutenant Colonel Paradon Sawadee dan Thailand Border Partol Police, Police Lieutenant Colonel Cherdchai Nortong.

Operasi berakhir pada jam 3.00 petang.

Maritim Negeri Kelantan, mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua agensi sahabat yang terlibat.

 

OP BERSEPADU KELANTAN   OP BERSEPADU KELANTAN 3   OP BERSEPADU KELANTAN 4 OP BERSEPADU KELANTAN 5
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON