24
Wed, Apr

MARITIM MALAYSIA TERIMA MIKROSKOP UNTUK TINGKAT KEUPAYAAN AGENSI

PUTRAJAYA, 7 Mac – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerima sebuah mikroskop daripada Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun (JICA) sebagai usaha dalam meningkatkan keupayaan agensi melalui satu Mesyuarat Akhir Pasukan Penyelaras Bersama (JCT) di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, hari ini.

Penyerahan itu dilakukan oleh Ketua Perwakilan Pejabat JICA Malaysia, Sugawara Minako kepada wakil Maritim Malaysia, Laksamana Pertama Maritim Ahmad Faridi bin Ferdaus dengan disaksikan oleh Pakar Teknikal JICA, Komander Tateishi Ryosuke.

Ahmad Faridi berkata, mesyuarat JCT diadakan sebagai salah satu keperluan dalam Program Kerjasama Teknikal (TCP) bagi melaporkan pencapaian atau kemajuan aktiviti dan latihan untuk agensi bagi tahun 2021 hingga 2024.

Tambah beliau, majlis tersebut turut menandakan kemuncak bagi usaha kolektif Maritim Malaysia merangkumi penggal 2021-2024, khususnya untuk ‘Peningkatan Kapasiti Operasi Komprehensif Maritim Malaysia’..

Jelas Ahmad Faridi, memandangkan projek tersebut akan berakhir pada Mac 2024, Maritim Malaysia berhasrat meneruskan kerjasama agensi dengan JICA dan Japan Coast Guard (JCG) melalui satu lagi Program Kerjasama Teknikal bagi tahun 2024 hingga 2026 untuk meningkatkan keupayaan dan kepakaran tenaga kerja dan aset.

Beliau berharap kesemua program yang dirancang akan dilaksanakan dan dijalankan dengan jayanya sebagai strategi untuk mengukuhkan kepakaran jurulatih, pakar subjek di samping memastikan kemampanan latihan.

Turut hadir, Setiausaha Pertama Kedutaan Jepun di Kuala Lumpur, Morioka Hiroshi, Pakar JICA Maritim Malaysia untuk penggal 2024 -2026, Komander Taro Kono; Wakil JICA Malaysia, Egawa Zenjiro; Pegawai dan anggota JICA melalui sidang video dalam talian serta Pengarah dan rakan pegawai.

 

JICA MIKROSKOP 2   JICA MIKROSKOP 4   JICA MIKROSKOP 5   JICA MIKROSKOP 6
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON