20
Sat, Apr

SEMBILAN WARGA ASING DITAHAN ATAS PELBAGAI KESALAHAN

PULAU PINANG, 4 Mac – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pulau Pinang telah menahan sebuah Bot Nelayan Tempatan (BNT) kelas C di sekitar kedudukan 14.2 batu nautika barat Muara Sungai Pinang atas pelbagai kesalahan petang semalam.

Pemangku Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Komander Maritim Nak Rong A/L Si Prom berkata, bot peronda Maritim Malaysia telah menahan bot terbabit pada pukul 6.10 petang semalam sewaktu melaksanakan rondaan Ops Tiris 3.0.

Jelas beliau, penahanan dilakukan ke atas seorang kru tempatan dan empat kru warga Myanmar yang disyaki melakukan kesalahan mengikut Akta Perikanan 1985 di bawah seksyen 8 (b), melanggar syarat sah lesen dengan melakukan aktiviti perikanan di bawah 15 batu nautika.

Kempat - empat kru warga Myanmar berkenaan juga disyaki melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 di bawah seksyen (1) (C) iaitu tidak memiliki permit atau pas yang sah.

Dalam kes yang berasingan, bot peronda Maritim Malaysia turut mengesan sebuah BNT kelas C di sekitar 8.3 batu nautika barat daya Pulau Kendi pada 29 Februari lalu.

Hasil pemeriksaan mendapati bot terbabit dikendalikan tiga orang kru warga tempatan, seorang kru warga Thailand dan empat orang kru warga Myanmar berumur lingkungan 25 hingga 37 tahun. Kesemua mereka disyaki melakukan kesalahan mengikut Akta Perikanan 1985 di bawah seksyen 8 (b) dan Akta Imigresen 1959/63.

Menurut Komander Maritim Nak Rong, ketika anggota pasukan memeriksa dokumen pengenalan diri, kelima - lima kru terbabit gagal mengemukakan dokumen seperti yang diminta sewaktu penggeledahan ke atas bot berkenaan.

Sehubungan itu, kesemua suspek serta kedua - dua bot ditahan bersama tangkapan ikan dianggarkan 3,700 kilogram telah diiring ke jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Pulau Pinang untuk tindakan lanjut.

 

PENANG NELAYAN   PENANG NELAYAN 2   PENANG NELAYAN 3   PENANG NELAYAN 5

 

 

hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON