24
Wed, Apr

NAMA KM TUN FATIMAH DIPILIH UNTUK OPV 1

KUCHING, 2 Mac – Isteri Perdana Menteri, Yang Amat Berbahagia Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail telah menamakan Kapal Peronda Luar Pesisir Pertama (OPV1) milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dengan nama Kapal Maritim (KM) Tun Fatimah di Jeti Lembaga Pelabuhan Kuching di sini hari ini.

Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pemilihan nama Tun Fatimah adalah berdasarkan sifat keberanian srikandi berkenaan menjaga bangsa dan kedaulatan tanah air.

Malah ibu kepada lima orang anak ini dicatatkan dalam sejarah sentiasa memastikan keluarga beliau selamat daripada sebarang ancaman dan tidak pernah gentar berhadapan musuh.

Katanya lagi, mengambil semangat yang ada pada Tun Fatimah, kapal berkenaan telah diletakkan di Laut China Selatan bagi menangani isu keselamatan sempadan perairan negara selain turut berperanan sebagai mothership kepada bot peronda Maritim Malaysia yang ditugaskan melakukan rondaan dan pemantauan di kawasan tersebut.

Mengulas lanjut isu keselamatan di Laut China Selatan, Datuk Seri Saifuddin berkata sejak Kerajaan MADANI di bawah pimpinan Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim mentadbir negara, keselamatan negara menjadi keutamaan kerana Malaysia tidak terkecuali daripada berhadapan ancaman yang berkemungkinan datang dari laut yang boleh menjejaskan kesejahteraan negara.

Justeru ujar beliau, kerajaan telah mengambil tindakan segera dengan memastikan KM Tun Fatimah dapat disiapkan agar ia dapat melaksanakan pengawasan, pemantauan, dan penguatkuasaan di Zon Ekonomi Eksklusif negara.

Selain dihantar bagi menjaga keselamatan sempadan perairan negara, KM Tun Fatimah berperanan untuk mengurangkan pencerobohan Bot Nelayan Asing (BNA) di kawasan perairan negara.

Berdasarkan statistik lima tahun yang telah direkodkan pihak Maritim Malaysia bermula 2019 hingga 2023, sebanyak 533 kes adalah melibatkan penahanan BNA dan daripada jumlah berkenaan, sebanyak 406 buah bot adalah BNA Vietnam.

Bagi nilai rampasan, Kerajaan telah berjaya menyelamatkan lebih RM6 bilion sumber perikanan negara daripada dirampas oleh BNA Vietnam sekaligus dapat menjaga sumber perikanan negara untuk generasi akan datang.

 

OPV1 TUN FATIMAH 3   OPV1 TUN FATIMAH 4   OPV1 TUN FATIMAH 5   OPV1 TUN FATIMAH 7

 

 

 

hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON