19
Fri, Apr

MARITIM MALAYSIA BANTU BAWA MANGSA LEMAS

MERSING, 2 Mac – Zon Maritim Mersing telah melaksanakan misi bantuan evakuasi perubatan (MEDEVAC) bagi membawa seorang mangsa lemas dari Pulau Rawa ke Jeti Syahbandar Mersing, Johor petang semalam.

Pengarah Zon Maritim Mersing, Komander Maritim Suhaizan bin Saadin berkata, bot ronda Maritim Malaysia yang sedang dalam rutin OP JAKSA dan OP TIRIS diarahkan ke lokasi bantuan setelah menerima aduan daripada pekerja tempat penginapan di Pulau Rawa.

Tambah beliau, bantuan MEDEVAC tersebut telah berjaya membawa seorang mangsa lelaki warganegara China, Ding Yihe, 28, yang dipercayai lemas ketika berenang di pantai pulau tersebut dari jeti Pulau Rawa ke Jeti Syahbandar Mersing pada pukul 5.30 petang

Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Mersing yang mengiringi mangsa dari pulau tersebut dan diserahkan kepada pihak Ibu Pejabat Daerah, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Mersing untuk siasatan lanjut.

Maritim Malaysia memohon kerjasama masyarakat terutama komuniti maritim bagi memaklumkan pengunjung tentang keselamatan ketika beriadah di pantai serta melaporkan sebarang aduan kecemasan keselamatan di laut melalui talian kecemasan MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Johor di talian 07-219 9404.

 

MANGSA LEMAS MERSING
 
MANGSA LEMAS MERSING 2
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON