SAHABAT KDN TERUJA DIBERI PELUANG BELAYAR BERSAMA MARITIM MALAYSIA

LUMUT, 29 Februari – Sahabat Kementerian Dalam Negeri (Sahabat KDN) diberi peluang dan pendedahan tentang fungsi dan peranan Maritim Malaysia dalam menjaga keselamatan perairan negara

Baru-baru ini Maritim Negeri Perak telah mengatur gerak Kapal Peronda Generasi Baharu (NGPC), KM BAGAN DATUK dalam satu pelayaran khas bersama ahli-ahli Sahabat KDN di perairan Lumut dan Pulau Pangkor pada 28 Februari (Rabu).

Tujuan pelayaran ini adalah bagi memberi pendedahan yang berkonsepkan 'hands on' dan 'to the ground' kepada Sahabat KDN bagi mengetahui lebih dekat peranan dan fungsi Maritim Malaysia dengan belayar bersama kru KM BAGAN DATUK ketika melakukan rondaan rutin operasi Penguatkuasaan serta CARILAMAT di laut.

Program dimulakan dengan sesi taklimat keselamatan kepada 18 ahli Sahabat KDN sebelum menaiki kapal oleh pegawai Maritim Malaysia yang bertugas (on duty).

Semasa pelayaran, ahli-ahli Sahabat KDN diberikan penerangan mengenai pengendalian KM BAGAN DATUK termasuk ilmu navigasi, akta/undang-undang yang diguna pakai dalam setiap operasi Maritim Malaysia secara ringkas dan santai.

Program pelayaran ini dihadiri oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KDN, Dr. Abdul Gapar bin Hj. Abu Bakar dan diiringi oleh Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob.

Diharapkan kesemua ahli Sahabat KDN yang mengikuti pelayaran ini berpuas hati dengan pengisian yang disusun dan diharapkan ilmu serta pengalaman baharu yang diperolehi menjadi satu memori yang bermakna buat setiap ahli yang mengikuti program ini.

 

WhatsApp Image 2024 02 28 at 10.33.41 PM   WhatsApp Image 2024 02 28 at 10.33.43 PM 1   WhatsApp Image 2024 02 28 at 10.33.44 PM 1   WhatsApp Image 2024 02 28 at 10.33.48 PM