MARITIM MALAYSIA TAHAN BOT NELAYAN KELAS B ATAS PELBAGAI KESALAHAN

LUMUT, 26 Februari – Maritim Negeri Perak menahan sebuah bot nelayan tempatan kelas B kerana melakukan pelbagai kesalahan di kedudukan 1.0 batu nautika Barat Tanjung Hantu, Perak kira-kira jam 2.45 pagi tadi.

Pengarahnya, Kepten Maritim Mohd Hambali bin Ya’akup berkata, bot terbabit dikesan ketika leka melakukan aktiviti perikanan oleh bot ronda Maritim Malaysia dalam OP BENTENG LAUT dan OP PINTAS di sekitar perairan negeri Perak.

Hasil pemeriksaan mendapati, bot berkenaan dikendalikan oleh seorang tekong serta seorang kru warga Myanmar masing-masing berumur 31 dan 42 tahun.

Pemeriksaan ke atas dokumen mendapati, tekong dan kru tidak mempunyai pengenalan diri yang sah dan gagal mengemukakan dokumen kebenaran mengajikan kru warga asing daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia serta menangkap ikan di zon larangan iaitu kurang lima batu nautika dari pantai.

Kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Perikanan 1985.

Kesemua nelayan ditahan, manakala bot, hasil tangkapan dan peralatan menangkap ikan dirampas sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.

Sebarang laporan, aduan dan insiden kecemasan di laut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Perak di talian 05-6838737 atau MERS 999 untuk maklum balas segera.

 

LUMUT KELAS B 2
 
LUMUT KELAS B 3