LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

Labuan 30 Jun – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Daerah Maritim Labuan DM14 telah menganjurkan program Semurni Ramadhan 2016 pada 27 Jun yang lepas. Program ini merupakan program tahunan yang dianjurkan oleh KM Mabul dan untuk kali ini sasaran kawasan penempatan adalah di Labuan di sekitar perkampungan Tanjung Aru, Bukit Timbalai serta di Taman Mutiara Sungai Bedaun.
 
Program ini disertai oleh Pegawai dan Anggota KM Mabul. Terdapat 9 buah keluarga yang terdiri daripada golongan ibu tunggal, warga emas dan golongan fakir miskin telah menerima sumbangan berupa makanan, pakaian dan wang tunai. Sebelum misi penyampaian ini dijalankan, wakil kapal telah menjalankan aktiviti cerapan atau bancian terhadap golongan sasaran yang mana maklumat awal diperolehi terlebih dahulu.
 
Program bermula pada jam 9.00 pagi di mana Pegawai dan Anggota KM Mabul yang terlibat berkumpul di perkarangan Pejabat Maritim Labuan, diikuti dengan taklimat ringkas oleh Pegawai Memerintah KM Mabul, Leftenan Komander Maritim Samsul Muhammad. Program ini berjalan dengan lancar di mana kehadiran Pegawai dan Anggota KM Mabul disambut mesra dengan senyuman dan wajah ceria oleh keluarga yang menerima sumbangan tersebut. Misi penyampaian berakhir jam 2 petang.
 
Pegawai Memerintah KM Mabul menyatakan program ini akan diteruskan untuk tahun-tahun berikutnya kerana bukan sahaja dapat beramal di bulan mulia malah dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara warga Maritim dengan penduduk setempat.
 
 
 
Gambar 1 Gambar 2

 

Sumber : Pegawai Perhubungan Awam Daerah Maritim Labuan (DM14)

Oleh      : Leftenan Madya Maritim Mohd Izzat Abd Razak