MARITIM SANDAKAN RAMPAS 510 PAKET MINYAK MASAK BERSUBSIDI

SANDAKAN, 26 Februari – Zon Maritim Sandakan menemui sebuah bot yang berdaftar atas lesen kargo terdampar di pesisir pantai Pulau Berhala, Sandakan dalam keadaanmencurigakan pada pukul 10.20 malam, semalam.

Pengarah Zon Maritim Sandakan Kepten Maritim Zainudin bin Mohd Zuki berkata, bot yang ditemui tanpa pemilik itu dipercayai dibiarkan di situ setelah menyedari kehadiran anggota penguat kuasa melakukan rondaan di sekitarnya.

Hasil pemeriksaan mendapati bot tersebut membawa muatan 30 kotak besar berisi 510 paket minyak masak bersubsidi seberat satu kilogram setiap satu dan disyaki untuk diseludup keluar ke negara jiran.

Anggaran keseluruhan nilai rampasan termasuk minyak masak bersubsidi, bot dan enjin sangkut sekitar RM11 ribu.

Kesemua rampasan dibawa masuk ke Jeti Zon Maritim Sandakan dan diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan selanjutnya.

Siasatan lanjut akan dilakukan bagi mengesan pemilik bot, dalang serta pelaku di sebalik kegiatan penyeludupan ini. Kes disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

 

MINYAK SANDAKAN
 
MINYAK SANDAKAN 2