KETUA PENGARAH MARITIM MALAYSIA IRING KETUA PENGARAH MKN DALAM LAWATAN KERJA KE ABU BAKAR MARITIME BASE

KOTA TINGGI, 26 Februari – Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), YM Dato' Raja Nurshirwan bin Zainal Abidin bersama delegasinya telah melakukan lawatan kerja ke Abu Bakar Maritime Base (ABMB) pada jam 11.30 pagi tadi.

Delegasi MKN disambut oleh Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Hamid bin Haji Mohd Amin.

Dalam lawatan kerja yang merupakan kali pertama beliau ke ABMB ini adalah bertujuan bagi meninjau keadaan di sekitar Batu Puteh, Tubir Selatan dan Tompok Utara, di samping melihat sendiri fasiliti ABMB selain bertemu dengan anggota Maritim Malaysia yang sedang bertugas di sana.

ABMB merupakan fasiliti milik MKN yang dikendalikan oleh Maritim Malaysia sebagai pos maritim bagi memantau kedaulatan dan keselamatan perairan di negeri Johor.

Turut hadir sama dalam lawatan itu ialah Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Maritim, Kementerian Luar Negeri (KLN), YBhg. Datin Paduka Nur Ashikin binti Mohd Taib.

 

WhatsApp Image 2024 02 26 at 5.15.27 PM 1   WhatsApp Image 2024 02 26 at 5.15.27 PM 2   WhatsApp Image 2024 02 26 at 5.15.27 PM   WhatsApp Image 2024 02 26 at 5.15.26 PM