LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

KUANTAN, 1 Jul – Semalam telah berlangsungnya Majlis Menandatangani Minit Mesyuarat Kajian Persediaan Projek Menaiktaraf Kemudahan Latihan diantara APMM dan JICA.  Minit Mesyuarat ini merupakan kenyataan komitmen diantara Kerajaan Jepun dan Kerajaan Malaysia dalam melaksanakan kajian persediaan bagi projek menaiktaraf kemudahan latihan yang terdapat di AMSAS.

Mesyuarat yang bermula pada 27 hingga 30 Jun ini melibatkan seramai 12 orang delegasi dari Jepun yang diketuai oleh VAdm (R) Toshitaka ISHIMA, Pegawai Penasihat Kanan Maritime Safety and Security, JICA dan turut melibatkan 6 orangpegawai dan jurulatih AMSAS yang diketuai oleh Laksma (M) Mohd Sabri bin Hj Mohamed, Komandan Akademi, AMSAS.  

Delegasi ini memulakan rangka lawatan kajian ke AMSAS dan seterusnya akan melawat kemudahan-kemudahan simulator lain yang terdapat di Malaysia seperti di Akademi Laut Malaysia (ALAM), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Maritime Transport Training Institute (MATRAIN) dan Politeknik Ungku Omar (PUO).

Sumber: Unit Perhubungan Awam AMSAS

 

1 Jul 1

 1 Jul 2 1 Jul 31 Jul 4