29
Fri, Mar

DUA WARGA MYANMAR DITAHAN, BOT LANGGAR SYARAT SAH LESEN

KUALA KURAU, 26 Februari – Zon Maritim Kuala Kurau telah menahan sebuah bot nelayan tempatan kelas A bersama dua nelayan warga Myanmar di kedudukan 1.0 batu nautika barat daya Muara Kuala Gula Perak kerana disyaki melanggar syarat sah lesen pada Sabtu lalu.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau Komander Maritim Mohd Najhan bin Azman Hamid berkata, bot terbabit dikesan oleh pasukan operasi Maritim Malaysia ketika rondaan rutin di perairan Kerian dan Larut Matang.

Hasil pemeriksaan menemukan dua nelayan warga Myanmar termasuk tekong tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah berada di atas bot terbabit.

Pemeriksaan lanjut ke atas dokumen mendapati, bot terbabit memiliki lesen yang sah namun tidak diusahakan sendiri oleh pemiliknya dan tiada kebenaran penggunaan kru warga asing oleh Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.

Kesemua nelayan ditahan manakala bot dan peralatan menangkap ikan dirampas sebelum dibawa ke jeti Zon Maritim Kuala Kurau untuk diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Maritim Malaysia.

Kes disiasat di bawah Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal di Malaysia tanpa dokumen pengenalan diri yang sah dan Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen iaitu bot tidak diusahakan sendiri oleh pemiliknya serta tiada kebenaran penggunaan kru warga asing yang sah.

Sebarang aduan, salah laku dan insiden kecemasan di laut, orang ramai boleh melaporkannya kepada Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Kurau di talian 05-7279919 atau MERS 999 untuk maklum balas segera.

 

KUALA KURAU LESEN 2
 
KUALA KURAU LESEN FRONT PAGE
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON