19
Fri, Apr

BOT NELAYAN KELAS C TANGKAP IKAN DI ZON LARANGAN DITAHAN

KLANG, 25 Februari – Maritim Negeri Selangor telah menahan sebuah bot nelayan tempatan kelas C di perairan Selangor, semalam.

Pengarahnya, Kepten Maritim Abdul Muhaimin bin Muhammad Salleh berkata, bot nelayan itu ditahan oleh KM DANGA ketika melakukan rondaan rutin OP EHSAN, OP MURNI dan OP TIRIS 3.0 di 13.2 batu nautika barat daya Pulau Pintu Gedong.

Hasil pemeriksaan mendapati, bot itu dikendalikan oleh enam kru termasuk tekong warga Myanmar berusia antara 26 hingga 45 tahun tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

Bot bersama kru dibawa ke jeti Polis Marin Pulau Indah sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen iaitu menggunakan warga asing dan menjalankan aktiviti memukat di zon larangan iaitu di bawah 15 batu nautika dari pantai.

Aktiviti perikanan kurang 15 batu nautika dari pantai oleh bot kelas C boleh menjejaskan keseimbangan ekosistem serta menganggu mata pencarian nelayan tradisional yang bergantung hidup di kawasan tersebut.

Sebarang maklumat, aduan dan insiden kecemasan di laut, orang ramai boleh menyalurkannya ke Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor di talian 03-31760627 atau MERS 999 yang beroperasi 24 jam untuk maklum balas segera.

 

KLANG NELAYAN   KLANG NELAYAN 2   KLANG NELAYAN 3
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON