23
Tue, Apr

TIGA NELAYAN DITAHAN KERANA MELAKUKAN PELBAGAI KESALAHAN

KUALA KURAU, 22 Februari – Zon Maritim Kuala Kurau menahan sebuah bot nelayan tempatan kelas B jenis pukat tunda bersama tiga nelayan disyaki telah menangkap ikan kurang dari jarak yang dibenarkan dalam syarat sah lesen dikedudukan 2.7 batu nautika barat Pulau Pasir Hitam Perak semalam.

Pengarahnya, Komander Maritim Mohd Najhan bin Azman Hamid berkata bot itu ditahan semasa pasukan operasi sedang melakukan rondaan rutin di perairan Kerian dan Larut Matang.

Hasil pemeriksaan menemukan tiga orang nelayan termasuk seorang bukan warganegara.

Pemeriksaan lanjut mendapati bot itu memiliki lesen yang sah namun tidak diusahakan sendiri oleh pemiliknya dan tiada kebenaran penggunaan kru warga asing oleh Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.

Kesemua nelayan, bot, peralatan menangkap ikan dan hasil tangkapan ikan bernilai RM120 ditahan serta dibawa ke jeti Zon Maritim Kuala Kurau untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen iaitu bot menunda kurang dari jarak yang dibenarkan, tidak diusahakan sendiri oleh pemiliknya dan tiada kebenaran penggunaan kru warga asing yang sah.

Sebarang aduan dan insiden kecemasan yang berlaku di laut, orang ramai boleh melaporkan kepada Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Kurau di talian 05-7279919 atau MERS 999 untuk maklum balas segera.

 

KUALA KURAU TAHAN 2

hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON