KUALA KURAU, 25 Jun – Lawatan kerja bersama Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Penguatkuasa Maritim Malaysia (BHEPMM) En. Shaharuddin bin Abu Sohat dan Ketua Pengarah Pejabat Ketua Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) Y.Bhg Dato’ Azinin bin Mohd Shahid ke Pangkalan Maritim Kuala Kurau sekitar jam 11.00 pagi.
Sebelum lawatan bermula pihak terlibat diberi taklimat ringkas di bilik mesyuarat utama blok pentadbiran. Tujuan lawatan ini adalah bertujuan mengenal pasti kelemahan dan kekurangan keselamatan yang sedia ada bagi tujuan penambahbaikan di masa akan dating.
Turut hadir bersama Pengarah Maritim Wilayah Utara, Laksamana Pertama Tan Kok Kwee, Pengarah Maritim Daerah 3 Lumut, Kepten Maritim Zulinda binti Ramly dan para pegawai kanan WILUTA.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Sumber: Unit Komunikasi Korporat Awam PM Kuala Kurau
Laskar Kanan(M) Mustaffa Bin Mansor
Jurufoto: Laskar Kanan (M) Hairie Azhar Bin Mohmad Razali