BOT TUNDA DAN TONGKANG DITAHAN KERANA DISYAKI LAKUKAN PELBAGAI KESALAHAN

TANJUNG MANIS, 20 Februari – Seorang nakhoda dan tiga kru warga tempatan serta dua kru warga India telah ditahan Zon Maritim Tanjung Manis kerana gagal mengemukakan Sijil Domestic Shipping License dan gagal memaklumkan pertukaran nakhoda semasa diperiksa pada Ahad lalu.

Pengarah Zon Maritim Tanjung Manis, Komander Maritim Gilbert Tinggak Anak Numpang berkata, tangkapan yang melibatkan sebuah bot tunda bersama tongkang ini adalah hasil komitmen berterusan pihak Maritim Malaysia dalam memastikan penguatkuasaan undang-undang di perairan negara berada di tahap tertinggi sekaligus meningkatkan keyakinan keselamatan dalam kalangan komuniti maritim.

Hasil pemeriksaan pasukan operasi ke atas bot tunda dan tongkang itu mendapati, terdapat seorang nakhoda dan tiga kru warga tempatan serta dua kru warga India berumur dalam lingkungan 22 hingga 61 tahun berada di atas aset berkenaan.

Kesemua aset beserta kru itu ditahan kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 sebelum dibawa ke Jeti Terminal Tanjung Manis untuk tindakan lanjut.

Maritim Malaysia menyarankan agar komuniti maritim sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang sebelum melakukan sebarang aktiviti di laut dan mengalu-alukan penyaluran maklumat, aduan dan insiden kecemasan di laut ke talian MERS 999 atau Pusat Operasi Zon Maritim Tanjung Manis di talian 011-35728765 untuk maklum balas segera.

 

BOT TUNDA SALAH
 
WhatsApp Image 2024 02 20 at 3.13.28 PM 3