LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

KUANTAN, 28 Mei - Ketua Pengarah Maritim Malaysia, YBhg Laksamana Maritim Dato’ Hj Ahmad Puzi bin AB Kahar telah menyempurnakan upacara Tamat Latihan Pegawai Penguat Kuasa Leftenan Muda Maritim Siri 8/2015 dan Pegawai Penguat Kuasa Lain-lain Pangkat Maritim Siri 13/2015 hari ini di Padang Kawad Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah ( AMSAS ) Gebeng, Kuantan, Pahang Darul Makmur.

Upacara ini diadakan adalah untuk mengiktiraf 149 orang keseluruhan pelatih yang terdiri daripada 38 orang pelatih pegawai Penguat Kuasa Maritim Siri 8/2015 dan 111 orang pelatih Pegawai Penguat Kuasa Maritim Lain-lain Pangkat Siri 13/2015 yang telah berjaya menempuh latihan asas selama 9 bulan di AMSAS.

Pegawai-pegawai ini telah memulakan latihan Asas Pegawai Penguat Kuasa dan latihan asas pegawai penguat kuasa lain-lain pangkat bermula 10 Ogos 2015. Objekif utama latihan memfokuskan kepada pengetahuan khusus dalam bidang pengoperasian kapal dan bot serta tugas-tugas penguatkuasaan maritim di Zon Maritim Malaysia.

Selain itu, ianya bertujuan untuk membina kekuatan fizikal dan mental, membentuk perwatakan yang positif, berdisiplin, berani serta memupuk semangat kerja berpasukan (esprit de corp) di kalangan pelatih. Pendekatan secara rohani turut diterapkan untuk melahirkan seorang pegawai penguat kuasa maritim yang bukan sahaja berdaya saing malah berintegriti dan kompeten dalam menggalas amanah yang dipertanggungjawabkan.

Kesemua penguat kuasa maritim ini telah melalui pelbagai tahap ujian bagi menilai prestasi mereka dari semasa ke semasa untuk memastikan mereka berupaya mencapai nilai kecemerlangan yang diperlukan oleh Maritim Malaysia.

 IMG 3690IMG 4349

 

Sumber:

Unit Perhubungan Awam AMSAS