LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

 KUANTAN, 20 Mei – Hari ini telah berlangsungnya Majlis Penutup Kursus Menggeledah Advance Siri 1Bil.1/2016 bertempat di Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS), Gebeng, Kuantan. Kursus selama 2 minggu yang dikendalikan oleh jurulatih Mobile Training Team (MTT) Maritim Malaysia dan AMSAS ini melibatkan seramai 24 orang peserta terdiri daripada 22 peserta Maritim Malaysia dan 2 peserta dari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

  

Objektif utama kursus ini diadakan adalah untuk meningkatkan pengetahuan teori dan praktikal anggota dalam menggeledah ke tahap yang lebih advance serta meningkatkan kebolehan anggota di dalam melaksanakan teknik mempertahankan diri dan mengawal situasi yang lebih kritikal ketika di lapangan.

 

Pelbagai modul telah dilaksanakan sepanjang kursus ini dan kesemua 24 peserta telah berjaya melalui cabaran fizikal dan mental yang diberikan dengan positif dan penuh semangat.

  

Majlis perasmian penutup kursus telah disempurnakan oleh Komandan Latihan Maritim AMSAS, Laksamana Pertama Maritim Christopher Ravindran Dass.

 

Advance 1 Advance 5 Advance 4

Advance 3

 

 

Sumber:

Unit Perhubungan Awam AMSAS