29
Fri, Mar

KAPAL LAYAR MENGALAMI KEBOCORAN KETIKA PELAYARAN KE FILIPINA

BINTULU, 10 Februari – Zon Maritim Bintulu mengaktifkan OP CARILAMAT kapal layer Suntess disyaki mengalami kebocoran ketika dalam perlayaran ke Lungsod Ng Bacolod, Filipina dari Pelabuhan Bintulu, awal pagi tadi.

Pengarah Zon Maritim Bintulu, Kepten Maritim Mohd Iszuadi bin Muhamad Hassan berkata, Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Kuching menerima aduan daripada pengadu Wang Zhenzhen, 32 warga China pada sekitar jam 4.23 pagi, mengenai insiden itu di kedudukan 1.5 batu nautika Tenggara Muara Jepak, Bintulu.

Maklumat awal yang diterima MRSC memaklumkan, terdapat dua kru terdiri daripada seorang wanita warga China dan seorang lelaki warga Saint Kitts and Nevis.

Kapal layar itu difahamkan mempunyai jaket keselamatan yang lengkap, GPS dan Personal Locator Beacon (PLB).

Sebaik sahaja menerima aduan, OP CARILAMAT telah diaktifkan pada sekitar jam 4.30 pagi dan bot KILAT 44 diatur gerak ke lokasi.

Setibanya bot KILAT 44 di lokasi pada jam 6.25 pagi di kedudukan 1.5 batu nautika dari Tenggara Muara Jepak, anggota Maritim Malaysia membantu melakukan kerjakerja mengepam air keluar dari dalam badan kapal bagi mengelakkan ia tenggelam.

Atas faktor keselamatan, kapal layar itu diarahkan merapat pada bot tunda MERANTI 33 yang kebetulan berada di kawasan berhampiran.

Sepanjang operasi dijalankan keadaan laut tidak begitu baik dengan kelajuan angina pada 20-30km/j dari arah timur laut dan ketinggian ombak adalah pada 1.0-1.5 meter.

Setelah lima jam operasi dilakukan pasukan Maritim Malaysia berjaya mengawal kebocoran dan kebanjiran, seterusnya kapal layar terbabit diiring oleh bot KILAT 44 menuju ke Jeti PGM Jepak.

Operasi ditamatkan sebaik saja kapal layar tersebut selamat tiba di jeti PGM Jepak pada sekitar jam 2 petang tadi.

Orang ramai boleh menyalurkan sebarang maklumat, aduan atau insiden kecemasan di laut kepada Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak di talian 082-432544 atau MERS 999 untuk tindakan segera.

 

BOCOR SARAWAK 2   SARAWAK BOCOR 4   SARAWAK BOCOR 5   SARAWAK BOCOR 6
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON