19
Fri, Apr

ALASAN ADA SAUDARA, SEBELAS NELAYAN ASING DITAHAN

KUALA PERLIS, 10 Februari – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kuala Perlis telah menahan tiga buah bot nelayan asing tanpa nombor pendaftaran di kedudukan 1.2 batu nautika dari barat muara Sungai Baru, Perlis semalam.

Dalam kejadian itu, bot ronda Zon Maritim Kuala Perlis iaitu Bot Perkasa 1227 yang sedang melakukan rondaan Op Aman dan Op Tiris 3.0 di sekitar perairan Perlis telah menghampiri beberapa buah bot dan mendapati bot-bot berkenaan dalam keadaan mencurigakan.

Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis, Komander Maritim Mohd Hashim bin Mat Zain berkata, hasil pemeriksaan mendapati, ketiga-tiga buah bot terbabit yang berpengkalan di negara jiran sering menggunakan alasan mempunyai saudara mara di Perlis menyebabkan mereka bebas untuk memasuki dan keluar dari negara.

Ketika ditahan mereka disyaki sedang melakukan aktiviti menangkap siput buluh dalam keadaan gelap dan masing-masing dikemudikan tiga tekong dan lapan orang awak - awak warga Thailand berumur 18 hingga 42 tahun. Terdapat beberapa awak-awak telah bertindak terjun ke laut dan cuba melarikan diri namun situasi cemas tersebut dapat dikawal anggota bot Maritim.

Jelas beliau lagi, bot dan hasil laut dianggarkan bernilai RM40,000 bersama-sama 11 Orang Yang DiSyaki (OYDS) diiringi ke Jeti Operasi Zon Maritim Kuala Perlis dan diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan lanjut.

Kes akan disiasat di bawah Akta Perikanan 1985, Seksyen 15 (1) (a) iaitu menangkap ikan dan sebagainya oleh vesel penangkapan ikan asing di perairan perikanan Malaysia tertakluk kepada subseksyen (2) iaitu menangkap ikan atau cuba menangkap ikan dan Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 6 (1) (c) iaitu tidak mempunyai pas atau permit yang sah untuk tinggal di Malaysia.

Maritim Malaysia juga meminta kerjasama daripada orang ramai supaya segera melaporkan sebarang kes penyeludupan dan jenayah maritim yang berlaku di perairan negeri ini.

Sebarang laporan, aduan dan kecemasan di laut boleh terus menghubungi Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Perlis di talian 04-9851072 atau 04-9851162 serta talian MERS 999.

NELAYAN ASING KPERLIS   NELAYAN ASING KPERLIS 3   NELAYAN ASING KPERLIS 4
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON