20
Sat, Apr

NELAYAN INDONESIA BOCORKAN BOT ELAK DITANGKAP OPV 1

KUCHING, 10 Februari – Sebuah bot nelayan Indonesia bersama dua kru ditahan Maritim Negeri Sarawak di kedudukan 105 batu nautika utara Tanjung Po pada sekitar jam 10.55 malam Khamis, 8 Februari lalu.

Pengarahnya, Laksamana Pertama Maritim Zin Azman bin Md Yunus berkata, bot itu dikesan sedang melakukan aktiviti perikanan di perairan negara oleh Kapal Peronda Luar Pesisir (OPV) Satu semasa melakukan OP KHAS RAJA LAUT 2.0, OP KHAS NAGA TIMUR dan OP TIRIS 3.0 di perairan Sarawak.

Bot itu dikendalikan oleh dua kru warga Indonesia termasuk tekong berumur 33 dan 45 tahun serta tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

Kedua-dua nelayan asing itu ditahan kerana menceroboh perairan negara dan kes disiasat di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Perikanan 1985 iaitu menangkap ikan di perairan Malaysia tanpa kebenaran Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.

Jika disabitkan kesalahan, tekong boleh dijatuhkan hukuman denda sebanyak enam juta ringgit dan kru boleh didenda RM500 ribu serta penjara enam bulan hingga satu tahun.

Pasukan geledah berdepan kesukaran semasa melaksanakan tangkapan berikutan bot mengalami kebocoran serius yang dipercayai sengaja dilakukan oleh kru bot terbabit bagi mengelakkan diri daripada ditahan.

Namum pasukan geledah tetap berjaya menahan tekong dan kru berkenaan, meskipun bot tahanan telah tenggelam semasa dalam perjalanan menuju ke Jeti Kompleks Maritim Tun Abang Salahuddin (KOMTAS).

Kru serta tekong dibawa masuk ke Jeti KOMTAS sebelum diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Maritim untuk tindakan lanjut.

Orang ramai diminta memberikan kerjasama dengan menyalurkan sebarang maklumat berkaitan salah laku jenayah di perairan negara ke Pusat Operasi Maritim Malaysia Negeri Sarawak di talian 082-432544 atau MERS 999 yang beroperasi 24 jam untuk tindakan segera.

 

SARAWAK COBOR   SARAWAK BOCOR 3   SARAWAK BOCOR 2
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON