LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

Pasir Puteh, 18 Mei -  Daerah Maritim 10 Kelantan telah menganjurkan program keselamatan Preventive SAR dan Pameran Kerjaya di SMK Dato' Perdana, Bachok baru-baru ini.

 

Seramai lebih kurang 200 orang pelajar dan warga pendidik sekolah berkenaan telah menghadiri program tersebut. Taklimat berkenaan langkah-langkah pencegahan carilamat disampaikan bagi membuka minda dan memberi ilmu pengetahuan kepada pelajar sekolah berkenaan yang kebanyakan ibubapa mereka merupakan komuniti nelayan supaya lebih berhati-hati dan mengambil berat berkenaan langkah keselamatan di laut.

 

Disamping itu, pameran kerjaya turut diadakan dan telah dikendalikan oleh Unit Perhubungan Awam Wilayah Timur. Pelbagai aktiviti di sekitar ruang pameran antaranya tanyangan video aset-aset dan tugas Maritim Malaysia di laut, pameran pakaian seragam serta taklimat kerjaya bagi memberi pendedahan kepada pelajar untuk menarik minat dan memberi suntikan semangat kepada mereka untuk terus belajar dan berjaya di masa hadapan.

 

Turut hadir pada program tersebut Pengarah Maritim Daerah, Kepten Maritim Nurul Hizam Bin Zakaria, Timbalan Pengarah Pengurusan, Pegawai Operasi dan anggota yang terlibat.

 

 IMG 2055IMG 2094