KURSUS LANJUTAN KEPAKARAN DETEKTIF MARITIM MALAYSIA

PORT DICKSON, 9 Februari – Kursus Lanjutan Kepakaran Detektif Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Siri 1/2024 anjuran Bahagian Siasatan Jenayah Maritim (BSJM) Ibu Pejabat Maritim Malaysia telah diadakan bermula dari 4 hingga 9 Februari 2023 di Akademi Imigresen Malaysia (AIMM) di sini, baru-baru ini.

Kursus ini telah dihadiri oleh 40 pegawai dan anggota detektif Maritim Malaysia termasuk peserta jemputan daripada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Kursus yang melibatkan teori dan simulasi kes secara praktikal ini melibatkan tenaga pengajar dan fasilitator yang terdiri daripada pegawai dan anggota detektif BSJM.

Antara objektif penganjuran kursus ini adalah memberi pendedahan berkaitan peranan dan tanggungjawab pegawai siasatan dan anggota detektif menerusi latihan simulasi di lapangan dalam melengkapkan fail kes detektif seperti mana yang terkandung dalam Garis Panduan Kerja Detektif (GPKD) Maritim Malaysia.

Para peserta juga didedahkan dengan cara penugasan detektif, kaedah pengawasan (Surveillance), Agent Provocateur (AP), pengurusan fail kes, teknik soal siasat, First Crime Responder, pengurusan dan pengendalian sumber menerusi simulasi kes pengedaran dadah dan juga penyeludupan migran.

Majlis penutupan program telah disempurnakan oleh Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Maritim, Laksamana Pertama Maritim Ahmad Faridi bin Ferdaus yang turut dihadiri oleh Pengarah AIMM, wakil Bahagian Penguatkuasaan dan Keselamatan AADK serta wakil Bahagian Penguatkusaan Operasi, JIM.

 

WhatsApp Image 2024 02 09 at 3.49.19 PM   WhatsApp Image 2024 02 09 at 3.49.17 PM 2   WhatsApp Image 2024 02 09 at 3.49.19 PM 1   WhatsApp Image 2024 02 09 at 3.49.16 PM 1