LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

PASIR PUTEH, 4 Mei - Satu Program Solat Sunat Istisqa' berjemaah anjuran Ketua Jajahan Pasir Puteh bersama Pejabat Agama Jajahan telah diadakan pada jam 8.30 pagi di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Cherang Ruku bagi memohon doa dan bermunajat kepada Allah S.W.T agar menurunkan hujan disamping mengurangi keadaan kemarau panjang sejak kebelakangan ini dan mengembalikan nikmat kepada seluruh makhluk ciptaanNya.

Program dimulakan dengan penerangan dan tatacara menunaikan Solat Sunat Istisqa' oleh Imam masjid Ibrahim, Cherang Ruku. Selesai menunaikan solat program diteruskan dengan bacaan khutbah dan bacaan doa.

Program telah dihadiri oleh pelajar SMK Cherang Ruku, ibubapa pelajar, kakitangan sekolah, Ketua Jajahan Pasir Puteh,  dan Ketua-ketua jabatan. Turut hadir mengimarahkan program tersebut adalah Pengarah Maritim Daerah 10 Kelantan, Kepten Maritim Nurul Hizam Bin Zakaria, Timbalan Pengarah Pengurusan Encik Wan Khairi Bin Wan Hamat serta warga Daerah Maritim 10 Kelantan.

Sumber : Staff Perhubungan Awam DM 10 Kelantan
LK I (M) Mohammad Syazwan Bin Ahmad

image2image3