25
Thu, Apr

OPERASI BERSAMA MARITIM NEGERI KELANTAN DAN ROYAL THAI MARINE POLICE

TUMPAT, 8 Februari – Maritim Negeri Kelantan telah melaksanakan operasi bersepadu dengan Royal Thai Marine Police di sekitar perairan sempadan Malaysia -Thailand semalam.

Pengarah Maritim Negeri Kelantan, Kepten Maritim Erwan Shah bin Soahdi berkata, operasi bersama yang dilaksanakan ini merupakan hasil hubungan dan kerjasama yang baik diantara Maritim Negeri Kelantan dan Royal Thai Marine Police dalam usaha mencegah dan membanteras aktiviti jenayah di kawasan operasi maritm terutamanya di sekitar sempadan Malaysia dan Thailand.

Tambah beliau, operasi bersepadu ini juga merupakan satu langkah positif dalam memperkukuhkan hubungan di antara kedua-dua agensi dalam membanteras jenayah di sempadan sekaligus memberikan manfaat yang sangat besar dalam meningkatkan keselamatan maritim di kawasan sempadan dua negara yang terlibat.

Seramai 40 pegawai dan anggota Maritim Negeri Kelantan bersama Royal Thai Marine police terlibat dalam operasi dengan Bot Perkasa 1232 dan Perkasa 1233 dari Maritim Negeri Kelantan bersama 3 bot peronda Royal Thai Marine Police digunakan untuk melakukan rondaan di sekitar perairan sempadan.

Operasi berakhir pada jam kira-kira 3.00 petang hari yang sama itu telah berjaya melaksanakan pemeriksaan bot-bot yang berada di sekitar perairan sempadan.

Turut menyertai operasi kali ini ialah Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Kelantan, Komander Maritim Khairun Dalilah binti Baharin, Acting Deputy Commander of Marine Police, Police Senior Colonel Chanapon Wunkwan, Inspector of Marine Police Station 4 Takbai Sub Division 7, Police Lieutenant Colonel Paradon Sawadee serta Commander Sub Division 7, Police Colonel Poramet Poinok.

Malaysia Negeri Kelantan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak Royal Thai Marine Police diatas kerjasama dan sokongan yang diberikan dalam melaksanakan operasi bersepadu ini dalam usaha membanteras pelanggaran undang-undang dan aktiviti jenayah khusunya di perairan sempadan. Diharapkan operasi seperti ini dapat diteruskan dimasa hadapan.

 

OP BERSAMA THAI 3     OP BERSAMA THAI   OP BERSAMA THAI 6
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON