25
Thu, Apr

PROGRAM KHAS ISRAK MIKRAJ WARNAI HUT19 MARITIM MALAYSIA

BATU PAHAT, 7 Februari – Zon Maritim Batu Pahat telah menganjurkan Majlis Doa Selamat dan Ceramah Khas Israk dan Mikraj sempena sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) Ke-19 Maritim Malaysia bertempat di Bilik Gunasama, Zon Maritim Batu Pahat hari ini.

Majlis dimulakan dengan ceramah khas bertajuk ‘Penerapan Nilai-Nilai Murni Sempena Israk Mikraj’ yang disampaikan oleh penceramah jemputan, YBhg. Ustaz Amirudin bin Ahmad.

Pengarah Zon Maritim Batu Pahat, Komander Maritim Mohd Haniff bin Mohd Yunus berkata, majlis itu dianjurkan bagi memohon kepada Allah SWT keberkatan, kesejahteraan, keselamatan para pegawai dan anggota yang menjaga perairan maritim negara.

Beliau menambah, program itu dijayakan bagi mengajak semua warga Zon Maritim terutamanya yang beragama Islam untuk bersama-sama menghayati makna di sebalik peristiwa Israk dan Mikraj.

Majlis diadakan untuk memahami dan menghayati salah satu Mukjizat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, peristiwa Israk dan Mikraj serta menteladani akhlak mulia Baginda Rasullullah S.A.W sebagai panduan dalam hidup dan penugasan di lapangan.

 

WhatsApp Image 2024 02 07 at 5.55.24 PM   WhatsApp Image 2024 02 07 at 5.55.25 PM   WhatsApp Image 2024 02 07 at 5.55.26 PM
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON