Kuching, 09 Mei – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Wilayah Sarawak (WILSAR) telah mengadakan satu Majlis Pemakaian Pangkat dari Laskar Kelas II Maritim ke Laskar Kelas I Maritim Siri 10/2012 pada 9 Mei 2016 bertempat di Bilik Perhimpunan, Kompleks Maritim Tun Abang Salahuddin (KOMTAS).
Majlis ini telah disempurnakan oleh Laksamana Pertama Maritim Hj. Ismaili Bin Bujang Pit, Pengarah Maritim Wilayah Sarawak. Seramai empat anggota yang berpangkat Laskar Kelas II Maritim telah dimajukan pangkat ke Laskar Kelas I Maritim. Mereka terdiri daripada LK II (M) Muhammad Safwan bin Md Saad,LK II (M) Mohd Solihin bin Mat Zaki,LK II (M) Raja Khairul Anuar bin Raja Abdullah dan LK II (M) Mohd Farizuwan bin Muhammad Salleh.
Diharapkan dengan kemajuan pangkat ini dapat memberi pembakar semangat kepada setiap anggota supaya dapat memberikan sumbangan yang terbaik kepada agensi dan terus bekerja dengan lebih gigih lagi pada masa akan datang.
BM (M) Mohd Azman Bin Ahmad
Staf Perhubungan Awam Daerah Maritim Kuching (DM11)