29
Fri, Mar

PROGRAM TRANSFORMASI MINDA (PTM) MARITIM MALAYSIA

KUANTAN, 2 Februari – Bahagian Sumber Manusia (BSM) Maritim Malaysia melaksanakan Program Transformasi Minda (PTM) siri 1 Tahun 2024 selama lima hari bermula dari 29 Januari hingga 2 Februari lalu bertempat di Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS).

Program ini disertai 82 peserta melibatkan 76 Pelatih Kursus Asas Laskar Kelas II Maritim serta enam pegawai gunasama Maritim Malaysia dari Kumpulan Pelaksana, serta dibantu oleh lima fasilitator.

Fokus modul dan pengisian program terbahagi kepada tiga segmen iaitu Negara dan Perkhidmatan Awam, Tanggungjawab dan Peranan Pegawai serta Budaya Kerja Kelas Pertama.

Kemuncak kepada program ini ialah malam persembahan yang juga majlis penutup program yang disempurnakan oleh Pengarah Sumber Manusia, Tuan Haji Ghazali bin Hizam.

Turut hadir dalam majlis itu, Komandan Kluster Pengajian dan Pembangunan Operasi Maritim AMSAS, Kepten Maritim Sanifah bin Yusof dan Kepten Maritim Haris Fadzillah bin Abdullah selaku juri jemputan.

 

PTM AMSAS   PTM AMSAS 3   PTM AMSAS 4   PTM AMSAS 12  

 

hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON