24
Wed, Apr

ZON MARITIM KUALA KURAU | BUBU NAGA BERNILAI HAMPIR RM 110 RIBU DILUPUSKAN

KUALA KURAU, 6 Februari – Zon Maritim Kuala Kurau melakukan proses pelupusan bubu naga yang telah selesai mendapat perintah mahkamah untuk dimusnahkan di Pusat Tahanan Vesel Zon Maritim Kuala Kurau, hari ini.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohd Hambali bin Ya’akup berkata, pelupusan ini dilakukan secara hancur musnah dibuat ke atas 1,527 set bubu naga yang dirampas sepanjang tahun lalu dengan anggaran nilai keseluruhan hampir RM 110 ribu melalui perlaksanaan OP SAYONG di perairan Kerian dan Larut Matang khususnya di kawasan Kuala Kurau, Kuala Gula, Kalumpang dan Bagan Panchor.

Kesemua bubu naga yang dilupuskan ini melibatkan kes-kes rampasan sepanjang tahun 2023 atas kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 seksyen 11(3)(c) Akta Perikanan 1985.

Sekiranya ditahan, pengusaha bubu naga akan disiasat di bawah seksyen 11(3)(a) Akta Perikanan 1985 dan seksyen 11(3)(b) akta yang sama kerana memiliki peralatan menangkap ikan tanpa lesen yang sah.

Jika disabitkan kesalahan, boleh dikenakan denda tidak lebih daripada RM 20 ribu atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Bot yang diusahakan untuk kegiatan bubu naga akan dilucut hak kepada kerajaan Malaysia.

Sebarang aduan, salah laku dan insiden kecemasan di laut boleh dilaporkan kepada Maritim Malaysia melalui npusat Operasi Zon Maritim Kuala Kurau di talian 05-7279919 atau di talian MERS 999 untuk maklum balas segera.

 

WhatsApp Image 2024 02 06 at 2.09.28 PM
 
WhatsApp Image 2024 02 06 at 2.09.31 PM
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON