KUCHING, 29 Januari – Maritim Negeri Sarawak telah mengadakan Majlis Serah Terima Tugas Pegawai Memerintah KM SRI AMAN dan KM MENGALUM bertempat di ruang legar Ibu Pejabat Maritim Negeri Sarawak pagi tadi.
Majlis itu telah disaksikan oleh Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Zin Azman bin Md Yunus.
Serah terima tugas telah dilakukan di antara Pegawai Memerintah KM SRI AMAN, Leftenan Komander Maritim Md Nor bin Ismail dan Pegawai Laksana KM SRI AMAN Leftenan Maritim Mohd Aidil Mustakim bin Ismail.
Dalam majlis sama, serah terima tugas bagi KM MENGALUM telah dilakukan di antara Pegawai Memerintahnya, Leftenan Komander Maritim Jessica binti Beludi dan Pegawai Memerintah KM MENGALUM yang baharu, Leftenan Komander Maritim Ahmad Faiz bin Mohd Basri.
Turut hadir dalam majlis itu ialah barisan Pegawai Memerintah kapal dan pegawai-pegawai kanan Ibu Pejabat Maritim Negeri Sarawak.