28
Thu, Mar

RAMPASAN 30 SET BUBU NAGA DI PERAIRAN PULAU TALANG

LUMUT, 19 Januari – Maritim Negeri Perak telah merampas sebanyak 30 set bubu naga atau bubu kambang di kedudukan sekitar 2.1 batu nautika barat daya Pulau Talang, Perak kira-kira pada jam 4.00 petang semalam.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohd Hambali bin Ya’akup berkata, bubu yang berukuran 10 meter panjang ini dikesan oleh pasukan bot ronda Maritim Malaysia yang sedang melaksanakan OP SAYONG / OP PINTAS / OP TANJUNG dan OP TIRIS di perairan Perak telah menemukan beberapa pancang kayu yang dipasang bendera berwarna hitam diikat bersama pelampung mencurigakan di permukaan air.

Hasil tinjauan mendapati, pancang kayu itu adalah penanda bagi lokasi bubu naga yang dipasang oleh individu atau pihak yang tidak bertanggungjawab.

Kesemua bubu naga itu dirampas dan diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.

Pemilik bubu naga boleh didakwa di bawah Seksyen 11(3)(c) Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan menggunakan kaedah yang tidak dibenarkan.

Jika seseorang individu tersebut ditahan, beliau boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM 20 ribu atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya lagi jika sabit kesalahan.

Penggunaan bubu naga diharamkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia mulai 1 November 2018 kerana sifatnya yang selektif dan boleh merosakkan ekosistem perairan serta menjejaskan sumber pendapatan nelayan pantai atau tradisional.

Sebarang maklumat, aduan atau insiden kecemasan di laut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Perak di talian 05-6838737 atau MERS 999 untuk maklum balas segera.

 

TALANG BUBU

hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON