28
Thu, Mar

GUNA MATA PUKAT SAIZ KECIL & MILIKI ALAT KOMUNIKASI HARAM, BOT NELAYAN DITAHAN

PELABUHAN KLANG, 18 Januari –  Maritim Negeri Selangor telah menahan sebuah bot nelayan tempatan kelas C di perairan Sekinchan kerana melakukan kesalahan menggunakan mata pukat bersaiz kecil , sekitar pukul 1.15 petang semalam.

Pengarah Maritim Negeri Selangor, Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin bin Muhammad Salleh berkata, bot kelas C itu dikesan oleh kapal peronda Maritim Malaysia pada kedudukan 28.8 batu nautika barat daya Sekinchan.

Hasil pemeriksaan awal pasukan Maritim Malaysia mendapati, bot itu dikendalikan seorang tekong dan tiga kru warga Indonesia berusia antara 36 hingga 52 tahun disyaki telah melakukan aktiviti perikanan selama tiga hari.

Pemeriksaan ke atas dokuman mendapati, kesemua mereka juga tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah dan dibayar upah mengikut jumlah hasil tangkapan Turut ditemukan di atas bot ketika penahanan dibuat ialah kira-kira 400 kilogram ikan campur dan peralatan perikanan iaitu pukat tunda.

Hasil siasatan lanjut mendapati bot melakukan kesalahan Akta Perikanan 1985 kerana menggunakan saiz mata pukat kurang daripada 38 milimiter di bahagian keroncong serta memasang alat perhubungan tanpa kelulusan dan Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dan tidak memiliki permit kerja yang sah.

Bot, tekong dan kru serta hasil perikanan dibawa ke jeti Pasukan Polis Marin Pulau Indah sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.

Sebarang aduan dan maklumat mengenai kegiatan jenayah serta kecemasan di laut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor di talian 03-31760627 atau MERS 999 untuk maklum balas segera.

 

SEKINCHAN PUKAT   SEKINCHAN PUKAT 3   SEKINCHAN PUKAT 2    
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON