TIMBALAN KETUA PENGARAH (LOGISTIK) MELAWAT LIMBUNGAN BOUSTEAD SHIPYARD LANGKAWI

BUKIT MALUT, 15 Januari – Bagi melihat sendiri proses kerja-kerja pembaikan kapal milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke Limbungan Boustead Shipyard Langkawi Sdn. Bhd (BLSY), petang semalam.

Datuk Saiful memaklumkan, lawatan berkenaan diadakan bagi mengetahui status pembaikan kapal-kapal yang telah dihantar kepada limbungan berkenaan agar ia menepati masa sebagaimana yang ditetapkan.

Katanya, selain melihat status pembaikan kapal di limbungan berkenaan, lawatan ini juga turut membincangkan tentang perancangan pembaikan kapal dan bot Maritim Malaysia untuk tahun 2024.

Kunjungan beliau telah disambut oleh Pemangku Ketua Limbungan, Cik Siti Salwa binti Abu Bakar bersama-bersama Ketua Unit Limbungan tersebut.

Turut hadir sama dalam lawatan berkenaan Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa, Timbalan Pengarah Operasi Negeri, Kepten Maritim Mohammad Nasir Man serta Pegawai-Pegawai Kanan Ibu Pejabat Maritim Negeri Kedah dan Perlis.

 

LAWAT OPV 2   LAWAT OPV 3   LAWAT OPV