LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

BATU PAHAT, 11 FEB – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Pangkalan Maritim Batu Pahat telah mengadakan Bengkel Perundangan Aktiviti Pelanunan dan Jenayah Maritim di Selat Melaka hari ini.

Bengkel yang julung kali diadakan ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan serta menambah ilmu pengetahuan tentang perundangan  kepada pegawai dan anggota pangkalan ini.

Hal ini adalah selari dengan misi Maritim Malaysia bagi menguatkuasakan undang-undang serta menyelamatkan nyawa dan harta benda di laut bagi memastikan kesejahteraan perairan Negara.

Bengkel ini juga telah dirasmikan oleh Kepten Maritim Saiful Lizan bin Ibrahim, Pengarah Operasi, Wilayah Maritim Selatan (WILSEL). Turut hadir dalam bengkel ini adalah Leftenan Komander Maritim Muhammad Zulkarnain bin Abdullah, Pengarah Pangkalan Maritim Batu Pahat, Encik Muhamad Asrol bin Kamasan, Pengarah Pentadbiran dan kewangan Pangkalan,  dan semua Pegawai serta Anggota pangkalan ini.

Seramai dua orang penceramah jemputan telah hadir iaitu Komander Maritim Jamaluddin bin Kassim, Penolong Pengarah Kanan, Unit Pengajian Undang-undang AMSAS dan Leftenan Komander Maritim Shah Rulashari bin Ahmad Omar, Pengarah Siasatan, WILSEL.

IMG 1338 IMG 1317

Sumber;

Staf Unit Perhubungan dan Komunikasi Korporat PM Batu Pahat