LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

LANGKAWI, 2 Mac - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Wilayah Maritim Utara telah menganjurkan Pertandingan Menembak Bersama Media bersempena Hari Ulang Tahun (HUT) Maritim Malaysia yang ke – 11 di Lapang Sasar Antarabangsa Langkawi (LISRAM), 29 Februari lalu.

Aktiviti ini turut disertai oleh 20 rakan media  bersama unit Daerah dan Pangkalan Maritim seluruh Wilayah Utara melibatkan seramai 50 orang pegawai dan anggota ini telah berjalan dengan jayanya.

Program dianjurkan bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara rakan media dan menghargai kerjasama mereka yang terjalin selama ini sekaligus menjadi medium terbaik bagi memperkenalkan fungsi dan peranan Maritim Malaysia kepada orang ramai.

DSC04102 DSC04227

Sumber :

Pegawai Perhubungan Awam Wilayah Maritim Utara - WILUTA