KM RAWA BAKAL PERKASA PENGUATKUASAAN PERAIRAN NEGERI PERAK

LUMUT, 2 Januari – Maritim Negeri Perak telah menerima KM RAWA setelah selesai menjalani pembaikan selama 10 bulan oleh pihak Limbungan Batu Maung Sdn. Bhd. hari ini.

Majlis itu disempurnakan di antara Pegawai Laksana KM RAWA, Leftenan Maritim Ibrahim Abdullah mewakili Pegawai Memerintah kapal dan wakil dari Limbungan Batu Maung Sdn. Bhd., Mr. Toh Bok Chee di Ibu Pejabat Maritim Negeri Perak pagi tadi.

Majlis itu disaksikan oleh Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohd Hambali Ya'akup dan wakil Limbungan Batu Maung Sdn. Bhd., Encik Ridwan bin Zainol serta warga Maritim Negeri Perak.

Menurut Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohd Hambali, penerimaan KM RAWA ini bakal memperkasakan lagi penguatkuasaan Maritim Malaysia khususnya di perairan Perak dalam usaha membanteras kesalahan di Zon Maritim Malaysia (ZMM) terutamanya di negeri itu.

Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Perak, Komander Maritim Fadzliana binti Fadzil dan Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Perak, Leftenan Komander Maritim Mohd Faiz bin Sujari.

 

RAWA LUMUT
 
RAWA LUMUT 2